Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusof kelihatan terkedu apabila menerima ‘renungan maut’ Dr Mahathir Mohamad dalam forum Sinar Harian pada Mac 2018.

Ketika itu Tun Dr Mahathir tiba-tiba muncul dalam forum Sinar yang mana Kamarul menjadi salah seorang ahli panelnya dalam membincangkan sama ada pengerusi Bersatu itu sesuai untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sebelum ketibaan pengerusi Bersatu itu, Kamarul yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) mendakwa Mahathir tidak layak untuk menjawat jawatan berkenaan kerana faktor usianya.

Sejak itu ahli akademik berkenaan menulis untuk organ PAS, Harakah Online dan sering menyatakan pandangan kritikal terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, dalam artikel terbarunya, Kamarul menyatakan sokongan kepada Mahathir berkenaan isu pelantikan menteri besar Johor, yang menyebabkan krisis antara perdana menteri dan istana Johor.

“Saya tidak bersetuju dengan sebarang cubaan untuk merendahkan martabat, menjejaskan kedudukan atau mengabaikan peranan Raja-raja Melayu, dan saya juga berbeza dalam banyak perkara dengan mereka yang turut lantang memperkatakan perkara ini.

“Tetapi dalam perkara ini saya tidak ragu-ragu untuk bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Kamarul dalam artikel disiarkan di laman Facebooknya.

Kamarul memetik sebuah artikel yang ditulis Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ketika itu merupakan ketua hakim negara.

Katanya, dalam tulisan bertajuk “The Role of Constitutional Rulers” itu, Sultan Azlan menyebut bahawa apabila sesebuah parti yang memperolehi majoriti dalam PRU mencalonkan salah seorang ahli Dewan Undangannya sebagai menteri besar, raja tidak mempunyai pilihan selain melantik calon berkenaan walaupun baginda memiliki budi bicara.

“Tegas baginda, jika seseorang raja mengenepikan hasrat parti dan melantik ahli Dewan Undangan lain yang tidak mampu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu, ini boleh membawa kepada timbulnya undi tidak percaya ke atas beliau yang akan menyebabkan raja itu sama ada melantik ahli lain atau membubarkan Dewan Undangan.

“Hakikat bahawa telah pernah berlaku beberapa insiden dalam mana Raja-raja Melayu melantik seorang menteri besar yang tidak mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu atau meminta parti yang memperolehi majoriti dalam PRU mencalonkan lebih daripada seorang nama tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk melegitimasikannya,” kata Kamarul.- Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share