Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir pihak-pihak tertentu yang tidak membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang menyaksikan calon PKR Dr S. Streram kalah kepada BN yang diwakili Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menerusi Twitternya, Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, walau apa pun keputusan PRK itu, beliau berbangga kerana sudah melaksanakan kempen berdasarkan prinsip dan tidak menggunakan politik berasaskan kaum.

“Terima kasih kepada semua lelaki & wanita di atas tanah. Kami tahu mana pemimpin PKR yang membantu dan mana yang tidak,” katanya dipetik MalaysiaGazette.

Meskipun tidak menyebut secara khusus tetapi Streram sebelum ini berharap Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen di sini.

Streram berkata, jika Perdana Menteri sudi untuk membantunya berkempen di Rantau, ia diharap akan meningkatkan lagi keyakinan pengundi kepada dirinya sebagai calon pilihan PKR.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak dapat menyertai kempen tersebut kerana jadualnya yang padat.

Bagaimanapun, di media sosial netizen yang berbahas merumuskan, PH tidak meletak calon Melayu menentang Mohamad Hassan dan kerana permainan isu perkauman serta agama juga momokan menyalahkan DAP menguasai kerajaan punca kekalahan tersebut.- Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share