Polis Bukit Aman mengatakan terdapat bukti jejak wang untuk pembelian ‘berlian merah jambu’ oleh tukang emas di New York menggunakan wang dari 1MDB. – Foto Mid-Day.com

Polis hari ini menyangkal penafian isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor berhubung pembelian berlian merah jambu berharga AS$23 juta atau RM94.6 juta.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), Khalil Azlan Chik berkata, terdapat bukti jejak kewangan transaksi pembelian tersebut daripada seorang peniaga barang kemas di New York dengan menggunakan wang 1MDB.

“Walaupun ‘berlian merah jambu’ tidak ditemui semasa serbuan polis, ada bukti jelas menunjukkan kewujudan transaksi pembelian,” kata Penolong Kanan Pesuruhjaya Datuk Khalil Azlan Chik yang mengetuai pasukan penyiasatan anti pengubahan wang haram Bukit Aman dalam satu kenyataan. kenyataan media hari ini.

Najib yang masih Pekan MP baru-baru ini menuntut pembenaran bahawa isterinya tidak membeli berlian merah jambu seperti yang dikatakan oleh pengkritiknya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah memberitahu Dewan Rakyat pada hari Isnin bahawa berlian itu tidak dibeli di Malaysia walaupun dibawa masuk ke negara ini.

Tahun lalu, Najib mendakwa loket berlian merah jambu itu adalah hadiah dari Putera Sheikh Mansour, abang Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed.

Sementara itu, Anggota Parlimen Damansara, Tony Pua pula mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak cuba mengelirukan rakyat berhubung dakwaan isterinya Rosmah Mansor membeli berlian merah jambu.

“Cerita yang sedang digembur-gemburkan oleh beliau hanya tentang berlian dan barang kemas yang dibawa masuk oleh ejen ke Malaysia untuk dilihat oleh Datin Seri Rosmah.

“Akan tetapi skandal sebenar berlian merah jambu yang sering diketengahkan dalam kes 1MDB ini, bukanlah tentang berlian merah jambu yang dibawa oleh ejen.

“Sebaliknya, skandal ini merujuk kepada rantai pink diamond 22-karat yang ditempah melalui Jho Low untuk Rosmah Mansor dan dibayar dengan duit 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan.

Tony berkata laporan DOJ jelas menunjukkan berlian tersebut telah dibeli daripada pereka berlian yang bertapak di New York, Lorraine Schwartz Inc.

“Di atas Topaz, Schwartz telah mempamerkan berlian tersebut kepada Jho Low, Rosmah dengan kawan-kawannya. Mereka juga membincang reka bentuk rantai berlian yang akan memegang berlian merah jambu 22-carat tersebut.

“Pada 28 September 2013, Schwartz sekali lagi berjumpa dengan Jho Low dan Rosmah Mansor di Hotel Mandarin Time Warner di New York untuk menunjukkan gambar rajah rantai berlian yang telah direka,” katanya.

Kemudian, menurut Tony, dua invois didakwa dikeluarkan.

“Invois pertama bertarikh Julai 3, 2013 berjumlah US$23 juta untuk berlian “22.17carat Natural Fancy Intense Pink VS2 clarity (GIA#2115637296) Cut-Cornered Square Modified Brilliant Cut diamond.

“Invois kedua bertarikh Julai 31, 2013 untuk US$4.3 juta untuk rantai berlian yang akan memegang berlian di atas, yang bertulis “one graduate fancy intense pink and oval white diamond necklace with interchangeable pendant to ring.” katanya.

Kata Tony, menurut bukti dakwaan DOJ, kesemua invois tersebut telah dibayar dengan dana yang disalurkan daripada RM2.6 bilion yang telah dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib Razak, pada tahun 2013.

Akhirnya, rantai berlian merah jambu itu dihantar kepada Rosmah Mansor melalui rakannya di Hong Kong pada 7 Mac 2014.

Justeru itu, Tony mencabar Najib dan Rosmah menafikan secara spesifik terhadap semua dakwaan serta bukti yang dikemukakan DOJ.

“Apa sebabnya, sehingga hari ini, pasangan suami isteri ini tak pernah menafikan perkara tersebut (dakwaan DOJ).

“Sudahlah berfoya dengan duit yang dirompak daripada rakyat, sekarang cuba memperbodohkan rakyat dengan aliran fakta yang bercelaru dan menyembunyikan fakta sebenar pula,” katanya dalam kenyataan yang dsiarkan Malaysiakini. Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share