Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan penjawat awam kerajaan. – Foto Astro Awani

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya tempohari menegaskan kepentingan nilai-nilai murni kepada penjawat awam.

Tun Mahathir menggariskan empat nilai utama yang perlu menjadi amalan penjawat awam termasuk rajin, amanah, bertanggungjawab dan berdisplin bagi memastikan negara berada pada tahap lebih tinggi dan dihormati dunia luar.

Malah jelas Mahathir, isi kandungan serta lirik lagu ‘Malaysia Bersih’ yang mula dinyanyikan ketika perhimpunan bulanan perlu dihayati dan patuh kepada isi kandungan doa serta lagu itu.

“Tanpa usaha, kita tidak akan dapat apa-apa. Kita seharusnya semua bekerja keras ke arah sebuah negara yang dihormati dunia dan bukan dipandang atau di label secara hina oleh dunia luar.

“Apa sahaja yang telah ditugaskan kepada kita perlu kita galas dan lakukan dengan sebaik mungkin supaya kejayaan yang dijanji oleh Allah SWT kepada kita akan dicapai. Kita dipertanggungjawabkan dalam kerajaan untuk mentadbir negara dengan baik.

“Saya tidak berniat untuk bersyarah agama, saya tidak layak dengan bahasa Arab pun saya tahu sedikit sahaja. Saya juga bukan mahu berleter tidak habis-habis, sebaliknya terus mengingatkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita agar di hormati bukan sahaja sekeliling sebaliknya dunia,” ucapnya dipetik portal MalaysiaGazette.

Kata Mahathir, walaupun penjawat awam memiliki ‘kuasa’ kecil atau besar, mereka tidak seharus menyalahgunakannya bagi kepentingan peribadi selain mengelakkan diri daripada terjerumus dengan aktiviti rasuah.

Beliau menceritakan kembali kisah zaman British tentang seorang ‘budak pejabat’ yang juga berkuasa.

“Anggota kerajaan mempunyai sedikit sebanyak kuasa. Kalau setakat jadi budak pejabat sekalipun, dia juga miliki kuasa.

“Saya ingat dulu ketika zaman British, ada seorang majistret di Kedah yang berkuasa tetapi budak pejabatnya juga miliki kuasa. Bagaimana budak pejabat boleh berkuasa? Dia boleh tentukan magistret itu mempunyai kelapangan atau tidak untuk bertemu dengan orang.

“Itu kuasa, walaupun kecil kuasanya tetapi dia buat ‘duit’ dengan kuasa itu. Cerita ini memang tidak baik, dia berkongsi sedikit dengan majistret, kutip duit hujung minggu pergi bercuti di Pulau Pinang.

“Ini tidak baik, tidak seharusnya dilakukan oleh kita, walaupun kuasa itu kecil kita sudah mula salahgunakan kuasa, itu bukan sesuatu yang boleh dialu-alukan oleh kita,” jelasnya.- Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share