Tun Dr Mahathir tidak berhasrat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri melebihi dua tahun disebabkan faktor umur meskipun rakyat memintanya untuk berbuat demikian. – Foto FMT

Perdana Menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad hari ini [7, April] berkata Anwar Ibrahim lebih baik berbanding Najib Razak untuk memimpin negara walaupun beliau pernah meragui keupayaan presiden PKR itu suatu masa lalu.

Dalam temubual eksklusif dengan New Straits Times semalam, Mahathir berkata beliau lebih mudah menerima Anwar untuk menggantikan “orang seperti Najib” daripada membenarkan bekas perdana menteri itu terus mentadbir negara.

Sebab itulah beliau memilih untuk bekerjasama dengan Anwar walaupun mereka tidak sehaluan pada masa lalu, kata perdana menteri.

“Antara Najib dan Anwar, saya fikir Najib adalah pemimpin yang teruk daripada Anwar.

“Saya fikir kerjasama kami adalah lebih penting, untuk menggantikan Najib daripada kita bertengkar kerana saya tahu jika kami tidak bekerjasama, Najib akan menjadi perdana menteri akan datang dan itu akan menjadi bencana kepada negara,” katanya ketika disoal mengenai Anwar yang bersedia untuk menggantikannya tetapi didakwa tidak layak menjadi pemimpin.

Ditanya sama ada Anwar mampu mengekalkan Pakatan Harapan, Mahathir berkata Anwar memimpin sebahagian besar parti pemerintah.

“Malah, beliau adalah arkitek Pakatan Rakyat. Sudah tentu, Pakatan Rakyat gagal kerana mereka tidak bersatu padu. Tetapi selepas kami bersama, kami dapat bekerja lebih rapat,” jelasnya.

Untuk rekod, Dr Mahathir pernah memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998 di mana setahun kemudian Anwar disabitkan dengan kesalahan rasuah dan liwat.

Bagaimanapun, mereka berbaik semula pada 2016 dan bekerjasama untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei.  – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru mungkin masuk, seloroh Anwar

KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share