Anwar yakin akan menjadi Perdana Menteri ke-8 dengan restu Tun Dr Mahathir. – Foto Bernama

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, isu peralihan kuasa antara beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah selesai di antara empat parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH)

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pada masa ini, tiada lagi perkara berbangkit berkaitan isu itu di antara kepimpinan PH.

“Dr Mahathir telah berulang kali menyebut isu berkenaan. Anwar akan berjaya dan sekarang seperti yang dipersetujui, Dr Mahathir akan menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan perdana menteri,” katanya kepada Channel News Asia seperti dilapor Astro Awani.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, Dr Mahathir perlu ruang untuk melakar agenda baharu kepimpinan negara dan beliau juga telah melakukannya dengan tepat.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, tugasnya sebagai Perdana Menteri akan tamat dalam masa terdekat dan penggantinya dilihat bersedia untuk menggalas jawatan itu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat itu turut menegaskan beliau langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerajaan sedang bekerja dan berusaha memenuhi janji-janji kepada rakyat Malaysia, dan kerajaan ini adalah kerajaan yang mewakili semua rakyat rentas kaum dan agama, dan menolak sebarang bentuk prejudis dan ancaman mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya lagi.

Anwar turut memberi amaran mengenai kewujudan golongan yang beliau gelarkan sebagai ‘pemuka-pemuka’, dan meminta Pakatan Harapan sentiasa berwaspada.

“Saya menggesa pimpinan untuk berwaspada dengan pemuka-pemuka ini yang lebih senang dengan budaya kronisme, dan cubaan mereka untuk menimbun harta kekayaan, dan mengabaikan keadilan dan kebajikan rakyat,” tegasnya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib lebih buruk berbanding Anwar, kata PM Tun Mahathir

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru mungkin masuk, seloroh Anwar

KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share