Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir berkata dia terkejut ketika diberi taklimat bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian tambahan sebanyak RM10 bilion pada tahun kewangan 2017 namun ia tidak dinyatakan dalam laporan badan tersebut.

“Dalam taklimat ada diadakan, apabila saham Felda Global Venture (FGV) jatuh dan panduan dalaman diubah, ada kerugian tidak direkodkan dan sebenarnya duit itu sudah tidak ada.

“Kita tahu pada 2017 defisit TH ialah RM4.1 bilion tapi ada angka tak dimasukkan sebelum ini,” katanya seperti dipetik portal The Malaysian Insight.

Menurut ketua pemuda PKR itu, perkara terbabit dinyatakan dalam taklimat Penyata Kewangan Tabung Haji 2017 kepada wakil rakyat PH di Parlimen pada Rabu.

Tambah Akmal, kerugian yang tinggi itu menyebabkan TH tidak dapat membayar kadar hibah yang tinggi kepada pendepositnya.

Portal Malaysiakini melaporkan tahun lalu, sisasatan ke atas TH dengan turut melibatkan audit terhadap agensi itu untuk tahun 2017, yang dijalankan oleh firma PriceWaterhouseCoopers.

Audit itu mendapati TH membuat bayaran hibah bukan daripada keuntungan yang diperolehinya, sebaliknya daripada deposit ahlinya.

Satu laporan dibentangkan di parlimen pada Disember tahun lalu mendedahkan TH membuat dua perjanjian perniagaan yang menampakkan seolah-olah dividen dibayar menggunakan keuntungan dana, selain beberapa transaksi yang boleh dipersoalkan.

Selain itu, turut didedahkan bahawa TH sebenarnya menanggung kerugian sebanyak RM10.2 bilion dalam pelaburan saham dan tanggungannya telah melebihi aset sebanyak RM9 bilion.

Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mengumumkan kadar hibah TH sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan sebanyak RM913 juta untuk 2018.

Kadar itu merupakan yang terendah dalam sejarah sejak penubuhan TH pada 1963.

Pada tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2017. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru mungkin masuk, seloroh Anwar

KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share