Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa. – Foto ihsan The Malay Mail

Kadar agihan hibah Tabung Haji (TH) sebanyak 1.25 peratus paling rendah dalam sejarah adalah disebabkan masalah dihadapi badan itu yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pentadbiran lalu TH di bawah kerajaan BN telah membuat agihan dividen melanggar akta ditetapkan selama empat tahun berturut-turut.

Beliau berkata, pentadbiran TH terdahulu telah melakukan manipulasi akaun bagi membolehkan agihan tinggi hibah diumumkan.

“Kami terpaksa datang untuk menyelamatkan keadaan, komitmen kerajaan cukup tinggi untuk selamatkan TH dan agihan hibah rendah bagi tahun 2018 disebabkan situasi TH.

“Ini legasi yang ditinggalkan (pentadbiran kerajaan terdahulu) dan bukan disebabkan kami,” katanya dipetik Malaysiakini selepas mengumumkan agihan hibah TH di Putrajaya, hari ini.

TH hari ini mengumumkan hibah tahunan bagi tahun 2018 sebanyak 1.25 peratus, paling rendah dalam sejarah sedangkan pada tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2017.

Sementara itu Mujahid berkata kerajaan mewarisi TH daripada kerajaan sebelumnya dalam suasana yang amat menyedihkan.

Katanya, disebabkan itulah TH mengalami masalah jurang defisit yang tinggi antara tanggungan dan juga aset.

“Kita berjaya mengimbangi kedudukan kewangan antara aset dan liabiliti yang mana ia kini berada pada tahap surplus antara aset dan liabiliti.

“Kita harap selepas proses penstrukturan ini, TH akan dapat memberikan dividen yang lebih baik untuk tahun akan datang,” jelasnya.

Untuk rekod, TH pada Disember tahun lalu membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusinya, Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif, Ismee Ismail dan Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan.

Ia berkata laporan yang dikemukakan itu adalah siasatan dalaman yang pertama dalam transaksi masa lalu, yang dipimpin oleh pengurusan baharu sejak Julai 2018.

Kakitangan kanan yang terbabit adalah Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar, Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.

Laporan pertama membabitkan program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 di mana dana berjumlah lebih RM22 juta disalurkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik.

Laporan kedua terhadap Ismee, Hazlinda dan Rifina adalah berkaitan dakwaan salah nyata dan menyekat maklumat material melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM3.7 bilion). – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru mungkin masuk, seloroh Anwar

KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share