CEO Tabung Haji Datuk Seri Zukri Samat mengumumkan TH akan menyekat pendaftaran kali kedua mereka yang telah menunaikan haji. – Foto The Malaysian Insight

PUTRAJAYA: Tabung Haji (TH) akan memastikan tiada individu yang akan menunaikan haji dua kali bagi mengelakkan jemaah kali pertama terpaksa menunggu giliran selama 107 tahun.

Sehubungan itu, TH menetapkan, jemaah yang telah menunaikan fardu haji tidak dibenarkan mendaftar untuk kali kedua.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, polisi tersebut diperkenalkan kerana waktu menunggu bagi jemaah yang belum pergi menunaikan haji adalah terlalu lama.

“Yang dah pergi haji, tidak boleh daftar lagi kerana ketika ini kita ada seramai 3.2 juta orang mendaftar untuk pergi haji.

“Setahun kita cuma boleh hantar 30,000 jemaah sahaja, secara matematiknya waktu menunggu bagi jemaah mencapai 107 tahun,” katanya seperti dilapor Astro Awani pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Berkenaan dakwaan segelintir individu yang menjadikan TH sebagai tempat untuk melabur bagi menerima hibah, Zukri mengesahkan perkara tersebut.

“Memang benar sebahagian besar daripada pendeposit TH merupakan golongan kaya dan berada, mereka simpan di TH untuk melaburlah.

“Perkara ini terpulang kepada Lembaga Pengarah TH yang baharu untuk berbincang dan sama ada untuk melakukan sesuatu terhadap sistem ini,” kata beliau dipetik Astro Awani. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru mungkin masuk, seloroh Anwar

KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share