Anwar bergurau mungkin bilik penjara Sg Buloh yang pernah dihuninya akan dimasuki individu lain. – Foto Bernama

Datuk Seri Anwar Ibrahim bergurau meminta lokap atau bilik penjara Sungai Buloh yang dihuni selama 20 tahun dibersihkan kerana kemungkinan tirai besi itu akan dihuni oleh penghuni baharu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun tidak menyatakan siapa individu yang dimaksudkan bakal menjadi penghuni lokap itu.

“Bulan lalu saya ada panggil ‘guard’ dan pengawal penjara Sungai Buloh, bagi mereka makan. Saya ingat jasa baik mereka. Jasa buka pintu, kunci pintu saya, jasa kawad sebelah saya.

“Lepas tu saya tanya lokap saya dulu masih kosong ke? (Jika) Masih kosong. Saya minta tolong bersihkan. Sebab apa? Sebab mungkin ada penghuni baru,” seloroh Anwar seperti dilapor Astro Awani pada ceramah sempena Sambutan Dua Dekad Merakyatkan Reformasi di Dataran Rantau, malam tadi.

Bagaimanapun, Anwar memberitahu, itu bukan keputusannya tetapi keputusan mahkamah.

“Ini negara hukum. Kena terima keputusan berdasarkan hukum dan fakta.

“Walaupun begitu, masih ada orang nak berjumpa dengan dia. Ambil duit puluhan bilion, rugikan Tabung Haji puluhan bilion, rugikan Felda puluhan bilion,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan, bahawa menanamkan semangat REFORMASI merupakan cabaran bagi menyedarkan rakyat yang dahulunya menjadi mangsa penipuan.

“Maknanya tanggungjawab dalam kempen masih berterusan. Bukan marah atau sinis, tetapi kita beri penjelasan. Jangan lagi sokong orang yang rompak harta dan khazanah negara,” tegasnya .- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share