Hishammuddin Hussein cuba mendapatkan “talian hayat politik” apabila menyatakan bahawa semua MP BN akan memberi sokongan kepada kepimpinan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sekiranya PH cuba menjatuhkannya, kata Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Kenyataan bekas Naib Presiden Umno itu dilihat sebagai salah satu percubaan meraih talian hayat politik beliau, kononnya wujud desas-desus gerakan dalaman untuk jatuhkan PM,” kata Shamsul seperti dilapor Malaysiakini.

Shamsul juga berkata, kenyataan Hishammuddin itu juga merupakan “helah politik” menjelang pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau yang ditandingi pemangku presiden Umno Mohamad Hasan.

Selasa lalu, Hishamuddin menyatakan akan memberi sokongan penuh kepada Mahathir sekiranya pemimpin PH terus melakukan kritikan terbuka terhadap perdana menteri itu.

Shamsul bagaiamana pun berkata, umum mengetahui kepimpinan PH secara jelas menyokong Mahathir tanpa berbelah bahagi.

“Melalui penegasan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir dalam mengembalikan Malaysia ke landasan sebenar.

“Justeru usaha mengganggu gugat kesefahaman ini usaha sia-sia dan saya menyarankan Hishammuddin bermuhasabah dan meneliti kapasiti beliau dalam Umno dan tidak keterlaluan dalam membina semula parti beliau,” katanya.

Untuk tekod, Hishammuddin juga sebelum ini pernah menawarkan diri mencari Jho Low selaku pemain utama skandal 1MDB yang turut membabitkan sepupunya Najib Razak.  –  Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru mungkin masuk, seloroh Anwar

KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share