Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan berada di belakang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga tamat penggal ini sekiranya wujud gerakan untuk menjatuhkan beliau dalam Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, demi kestabilan negara dan ekonomi, semua Ahli Parlimen BN jamin akan memberikan sepenuh sokongan dan keyakinan kepada Dr Mahathir untuk menjalankan tugasnya demi kepentingan rakyat Malaysia.

“Saya memberikan sepenuh sokongan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya akan datang, sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkannya.

“Demi kestabilan negara dan ekonomi, kesemua Ahli Parlimen BN akan menyatakan sokongan, kami mahu Perdana Menteri kita (Dr Mahathir) untuk terus mentadbir Malaysia dan melaksanakan tanggungjawab beliau untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui media di lobi Parlimen, pada Selasa.

Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan turut membidas tindakan pimpinan PH melabelkan Dr Mahathir sebagai seorang diktator.

“Saya pernah bekerja di bawah pentadbiran Dr Mahathir selama 20 tahun, tuduhan yang mengatakan beliau seorang diktator sangat tidak masuk akal.

“Saya tak ada masalah pun dalam tempoh 20 tahun itu, jadi kenapa sekarang timbul isu diktator, malah dibangkitkan sendiri oleh mereka dalam PH… kurangkanlah politik sesama sendiri.

“Wakil rakyat BN sesama kita harapkan kepimpinan yang ada sekarang, termasuk Perdana Menteri kekal. Kalau kedudukan Perdana Menteri tergugat, saya yakin rakan-rakan di dalam BN akan bersama Dr Mahathir,” tambahnya.

Untuk rekod, pengkritik politik percaya strategi yang digunakan Umno dan PAS hari ini adalah dengan memuji serta membodek Tun Dr Mahathir selain melaga-lagakan beliau dengan Anwar Ibrahim. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share