Hishammuddin bimbang kedudukan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tergugat. – Foto NSTP

PARLIMEN: Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein berkata Barisan Nasional akan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya kedudukannya dalam kerajaan tergugat.

Bekas naib presiden Umno itu berkata ini bagi memastikan Mahathir dapat menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri.

“Sebab itu saya harap (masalah) dalaman sesama mereka dapat diselesaikan supaya isu seperti ‘diktaktor’ diselesaikan.

“Sebab isu seperti itu tidak membantu kita untuk memulihkan ekonomi, stabilkan kerajaan dan dilihat sebagai kerajaan yang diterima baik oleh dunia,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.

Hishammuddin dipercayai merujuk kenyataan Nurul Izzah dalam wawancara bersama The Straits Times di mana beliau mengakui sukar bekerja dengan Dr Mahathir dan melabelnya sebagai ‘bekas diktator’.

Untuk rekod, sebelum ini Hadi Awang yang mempertahankan Dr Mahathir sebagai bukan diktator tetapi perdana menteri pilihan rakyat telah disindir Anwar sebagai cuba membodek.

Pengkritik politik pula melihat ramai bekas penyokong Najib Razak kini beralih arah menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share