Rafidah Aziz bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. – Foto Free Malaysia Today

Tan Sri Rafidah Aziz mengimbau pertanyaan pemimpin Pas tentang isu pemakaian tudung ketika beliau menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO pada tahun 2004 hingga 2007.

Rafidah menjelaskan bahawa agama dan soal memakai tudung adalah hak peribadi dirinya tetapi sebaliknya melindungi sesuatu tindakan mencuri adalah tidak wajar dan dilarang dalam Islam.

“Agama ialah peribadi, sempurnakan agama secara peribadi, jangan jaga hal orang tak pasal berdosa mengata orang.

“Jangan ukur luaran. Itu yang ‘klepto berserban labuh’, lagi besar jubah lagi banyak duit boleh simpan poket besar itu.

“Ada juga klepto menjadi imam, berduyun-duyun pergi ke SPRM pagi-pagi. Kalau pergi tengok muka itu macam ahli syurga.

“Kalau ahli syurga kita dilarang mencuri duit rakyat. Dosa dengan rakyat bagaimana? Dosa dengan Tuhan boleh minta maaf.

“Tidak terbabit dosa saya dengan dia. Kalau sekubur sekali pun, dosa masing-masing,” kata Rafidah dipetik Astro Awani dalam Bicara Minda anjuran Sinar Harian pada Isnin.

Untuk rekod, baru-baru ini beberapa pemimpin tertinggi PAS telah dipanggil memberi keterangan oleh SPRM Putrajaya dalam siasatan kes RM90 juta. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share