KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat Sarawak memberi amaran kepada Putrajaya agar jangan menganggap rakyat Sarawak bodoh selepas kerajaan persekutuan menarik balik projek pembinaan 3 jambatan atas alasan kekangan wang.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, beberapa wakil rakyat Sarawak membangkitkan isu pembinaan jambatan di Igan, Rambungan dan Batang Lupar dan pembangunan lain di Dewan Rakyat tetapi alasan diberi sama sahaja.

“Kerajaan persekutuan atau mana-mana parti memerintah harus beri kemudahan ini untuk kegunaan rakyat Sarawak. Tidak bolehlah kata tidak ada duit. Sudah beberapa kali isu ini dibangkitkan di Dewan Rakyat, menteri asyik kata tunggu lagi.

“Kami bukannya bodoh, cakap duit tidak ada tetapi sebenarnya banyak duit. Kalau jadi pemimpin, jadilah pemimpin untuk semua rakyat. Masa pilihan raya bolehlah bergaduh untuk menang tetapi lepas pilihan raya janganlah berdendam,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg mengkritik Putrajaya dan menggelarnya buruk siku selepas menarik balik projek pembinaan 3 jambatan itu dan beberapa projek lain.

KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share