Khairuddin Abu Hassan, penyokong tegar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, tampil membidas bekas menteri di jabatan perdana menteri, Zaid Ibrahim.

Ini susulan kenyataan yang mencadangkan terdapat cubaan untuk menghalang presiden PKR Anwar Ibrahim daripada menggantikan Mahathir.

Khairuddin, bekas pemimpin akar umbi Umno, menyifatkan bekas menteri itu sebagai ahli politik yang tidak lagi relevan.

“Dia pun hanya pandai bercakap tetapi bukan boleh buat kerja pun. Cakap saja lebih!

“Hari ini cakap lain dan esok boleh bernada lain pula. Orang cakap lain; dia pula buat rumusan lain,” katanya dalam satu satu kenyataan.

Khairuddin juga meminta Zaid untuk menamakan individu yang cuba menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri yang akan datang.

Datuk Zaid Ibrahim

Menurutnya, mereka yang mengulas kenyataan anak Anwar dan bekas naib presiden PKR Nurul Izzah mengenai Mahathir hanya memberi nasihat kepadanya supaya menyuarakan rasa tidak puas hatinya melalui saluran yang betul.

“Kita hanya menasihat YB Nurul Izzah selaku salah seorang anggota parlimen kerajaan masa kini agar membuat teguran melalui saluran yang betul.

“Bukan mengutuk serta ‘tikam belakang’ perdana menteri di luar negara,” katanya.

Menurut Khairuddin, nwar sendiri pernah menegur Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kerana tidak menggunakan saluran yang betul.

Terdahulu hari ini, Zaid menerusi ciapannya di Twitter menasihatkan Nurul Izzah agar kekal berani berdepan kritikan.

Bekas menteri Umno itu berkata usaha menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri tidak akan berjaya.

Zaid menegaskan bahawa bukti dalam politik adalah mengikut keadaan semasa yang kabur.

“Apabila nombor dua (Azmin Ali) dalam PKR mempunyai kedudukan dan kuasa, dan nombor satu (Anwar) jelas diketepikan, maka, apa kesimpulan yang boleh dibuat?” katanya kepada Malaysiakini.

KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share