Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan rancangan menjual sebuah menara milik kerajaan di Hong Kong, menjawab kenyataan Najib Razak semalam terhadap laporan media mengenai rancangan itu.

Ditemui pemberita di Parlimen hari ini, Lim berkata rancangan menjual menara 28 tingkat di Jalan Gloucester, Wanchai yang menempatkan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia itu diputuskan oleh pentadbiran dulu.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan merancang untuk menjual bangunan itu pada harga HK$3.1 bilion (hampir RM1.6 bilion). Syarikat China Evergrande Group dilaporkan dalam rundingan untuk membeli bangunan itu.

“Sama ada dia lupa atau sengaja lupa keputusan menjual bangunan ini dibuat oleh kerajaan BN,” kata Lim kepada pemberita.

Sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih dan titah diraja hari ini, Lim mendakwa Najib cuba menjual bangunan pencakar langit setinggi 28 tingkat itu pada tempoh separuh pertama tahun 2018.

“Saya maklumkan pada (MP) Pekan (Najib Razak) keputusan dibuat untuk menjual bangunan konsulat di Hong Kong adalah dibuat bawah Pekan sendiri.

“Keputusan dibuat sendiri oleh beliau pada 9 Mei (2018)… tetapi keputusan itu menetapkan harga pada RM1.1 bilion secara rundingan terus,” kata Lim kepada Dewan Rakyat.

Lim menambah kerajaan terdahulu membuat rundingan terus dengan sebuah syarikat Malaysia yang mahu membelinya pada harga RM1.1 bilion.

Lim bagaimanapun menjelaskan pentadbiran sekarang merasakan ia boleh mendapat tawaran lebih menerusi tender terbuka.

“Kita terima tawaran daripada pelbagai pihak sehingga RM1.6 bilion atau RM500 juta lebih tinggi daripada harga rundingan terus,” katanya.

KLIK BACA: Penyamun jawab pantun Hadi PAS Taliban kamu Komunis

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share