Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan nepotisme selepas anaknya, Mokhzani, dilantik untuk mengetuai persatuan sukan permotoran negara.

“Orang tuduh kita macam-macam kerana sebab politik dan praktikal” katanya selepas pelancaran satu acara berkaitan kelapa sawit, di sini.

Mokhzani merupakan presiden baru Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM). Beliau sebelum ini merupakan pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selama 13 tahun sebelum meletak jawatan pada 2016.

“Anak saya tak nak balik (ke dunia sukan permotoran) sebab dia kena belanjakan banyak wang semasa di situ,” katanya, merujuk kepada waktu Mokhzani berada di SIC.

Dr Mahathir juga berkata, selepas anak lelaki keduanya itu meninggalkan bidang sukan permotoran, jurutera petroleum yang kini ahli perniagaan itu dapat menyimpan banyak wang.

“Sekarang saya boleh minta wang daripadanya,” kata Dr Mahathir.

MAM yang diwujudkan pada 2009 berperanan sebagai badan pengawal, selain membantu kelab, pengurus acara, pegawai, peserta, operator komersial dan penaja bagi memastikan pertumbuhan sukan permotoran dalam pelbagai disiplinnya.

Objektif utama badan itu ialah merangsang perkembangan sukan permotoran Malaysia dan bakat tempatan di peringkat akar umbi.

KLIK BACA: Azmin sindir Izzah budak kecil menangis kerana kritik Tun Mahathir

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti NajibK

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share