Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam menuduh Peguam Negara memberi ‘perlindungan khas’ kepada empat individu yang baru-baru ini, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kes anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Sehubungan itu, beliau meminta Peguam Negara, Tommy Thomas menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana ketika Adib cedera parah, laporan perubatan mengatakan beliau cedera kerana dipukul.

“Tetapi apabila Adib meninggal dunia, tiba-tiba beliau mahu diisytiharkan mati akibat kemalangan?,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi sebagai mengulas pengesahan diberikan seorang doktor Institut Jantung Negara (IJN), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, bahawa corak kecederaan pada badan arwah Adib tidak sepadan akibat dipukul, ditendang atau ditumbuk.

Dr Ahmad Hafizam yang juga saksi ke-24 inkues kematian Adib, memberitahu Mahkamah Koroner, kelmarin bahawa bedah siasat terhadap mangsa mendapati kecederaan pada bahagian toraks bukanlah kecederaan yang sering atau kebiasaannya dilihat akibat dipukul dengan objek tumpul atau ditendang atau ditumbuk.

“Pada pandangan saya, corak kecederaan yang dialami si mati adalah tidak berpadanan akibat dipukul. Selain itu, tiada apa-apa kecederaan pada bahagian muka, kepala, abdomen, anggota atas dan bawah yang berpadanan dengan cedera akibat dipukul atau mempertahankan diri dijumpai pada jasad si mati.

“Berdasarkan corak kecederaan luaran dan dalaman yang dikesan pada Adib, saya dan pasukan telah dimohon hadir untuk membantu rekonstruksi kejadian yang telah dilakukan pihak polis pada 22 Disember tahun lepas,” katanya yang menjalankan bedah siasat ke atas Adib pada 18 Disember tahun lalu.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, empat individu ‘istimewa’ yang yang diberikan ‘perlindungan khas’ oleh Peguam Negara akan terlepas daripada tali gantung selepas Inkues berkemungkinan akan merubah punca kematian Adib daripada cedera akibat dipukul, kepada cedera akibat kemalangan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut memberi amaran akan mengadili Tommy dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah. – Sumber IsmaWeb

KLIK BACA: Azmin sindir Izzah budak kecil menangis kerana kritik Tun Mahathir

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti NajibK

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share