Tanpa menyebutkan nama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, AMANAH sebenarnya diwujudkan semata-mata menjadi alat kepada strategi DAP untuk menyekat pengaruh dan peluang partinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Marang itu berkata, DAP tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan menghalang pengaruh Pas kerana agenda parti roket itu adalah untuk menyekat kemaraan Islam di Malaysia.

“(Memandangkan) PKR bukan parti Islam, lalu mereka berusaha menubuhkan AMANAH. Bukan untuk mempertahankan atau memperjuangkan Islam tetapi alat DAP untuk hadang pengaruh Pas.

“Ini bukan saya kata. Pemimpin dalam PH sendiri kata tapi saya tak nak sebut siapa nama dia. Pemimpin ini akui sendiri bahawa AMANAH ini parti alat semata-mata,” dakwa Abdul Hadi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 Pas Kawasan Ketereh, di Kota Bharu semalam.

Presiden Pas paling kontroversi itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 Pas Kawasan Ketereh, di Kota Bharu semalam.

Jelasnya, sebelum PRU-14, Umno mahupun Pakatan Harapan (PH) memujuk Pas menyertai mereka namun jemputan tersebut ditolak dengan tegas kerana parti itu sudah membuat ketetapan untuk bersendirian.

“Datuk Seri Najib (Tun Razak) ajak kita bersama dia tetapi saya kata tak boleh. Umno ada masalah yang belum selesai. Tun Dr. Mahathir (Mohamad) pun ajak kita bersama dia, saya kata tak boleh kerana DAP ada sama dalam itu,” katanya.

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti NajibK

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share