Dr Mahathir Mohamad menamatkan lawatan kerja 3 hari ke Pakistan pada Sabtu.

ISLAMABAD: Banyak bidang kerjasama boleh diterokai Pakistan dan Malaysia yang mampu memberi kelebihan buat kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir yang dalam lawatan kerja 3 hari ke Pakistan sejak Khamis berkata, wujud persefahaman lebih mendalam antara Pakistan dan Malaysia dan sekiranya kedua-dua negara benar-benar berusaha, hubungan 2 hala dan perdagangan akan bertambah baik.

Semasa ditanya mengenai perbincangannya dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengenai usaha memerangi rasuah, Mahathir berkata, kedua-dua negara berdepan masalah sama untuk membawa “orang yang sebelum ini terlibat dengan rasuah” ke mahkamah.

“Mereka (Pakistan) mahu mengambil tindakan terhadap orang yang dahulunya rasuah, tetapi mereka dapati sukar untuk membicarakan (mereka) di mahkamah. Mereka (Pakistan) hadapi masalah itu.

“Kita juga berdepan masalah kerana mahkamah mempunyai pandangannya sendiri mengenai betapa seriusnya perkara ini.

“Oleh itu, tidak banyak kemajuan. Kita telah membawa kes ke mahkamah tetapi belum ada perbicaraan,” katanya kepada media Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan, Rawalpindi, dekat sini. – Bernama

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti NajibK

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share