Hadi Awang berkata, tindakan menjual aset negara seperti MAS bukan langkah terbaik menyelesaikan masalah sebaliknya perlu berusaha gigih memulihkannya. – Foto Astro Awani

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat, adalah sangat malang bagi Malaysia jika terpaksa menjual aset negara termasuk Malaysia Airlines Bhd. (MAS) akibat kerugian yang dihadapi.

Hadi dilaporkan Utusan Malaysia berkata, sepatutnya aset-aset milik Khazanah Malaysia termasuk MAS itu tidak boleh dijual dengan begitu sahaja, sebaliknya kerajaan perlu memperlihatkan kebijaksanaannya dalam menangani masalah tersebut dengan sebaik mungkin.

“Itu (jual aset negara termasuk MAS) sangat malang. Sepatutnya tak boleh jual aset itu. Tak bolehlah buat sampai ke tahap itu (jual aset). Kerajaan kena tunjuk kebijaksanaannya dan jual aset bukan menandakan kebijaksanaan.

“(Kerajaan sekarang PH) Lebih banyak nak salahkan kerajaan terdahulu, walaupun kerajaan dulu ada salah. Kita tak nafi ada salah tapi kerajaan yang ada sekarang mestilah tunjuk dia lebih baik. Buat sesuatu dan jangan salahkan orang saja,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan tidak mempunyai kapasiti untuk menyelamatkan MAS dan dalam masa sama ada pihak menyarankan supaya syarikat penerbangan negara itu dijadikan milik rakyat selain diwujudkan konsep wakaf.

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Tony AirAsia punca MAS rugi, kata Tan Sri Abdul Rahman

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti NajibK

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share