Hadi Awang mungkin dipanggil SPRM dalam siasatan kes PAS bayar editor Sarawak Report RM1.4 juta tarik saman. – Foto Bernama

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan memanggil Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam siasatan berhubung dakwaan bayaran RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata, siasatan kes itu masih berjalan.

“Cukup saya katakan yang siasatan masih dijalankan…SPRM tidak pernah umum kata kes ditutup.

“Akan ada individu lagi yang akan dipanggil untuk bantu siasatan…berkenaan memanggil presiden PAS itu kami tak tolak…berkemungkinanlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran tayangan video pendek antirasuah di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pemberian cek RM1.4 juta itu dikatakan bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman melibatkan Abdul Hadi.

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share