Mengapa polis masih tidak menahan penyokong Najib Razak yang didakwa menyerang pelajar Universiti Malaya semalam, soal Maria Chin Abdullah.

Bekas aktivis yang kini Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dilapor The Malaysian Insight berkata kegagalan polis bertindak pantas ke atas penyokong Najib Razak memberikan gambaran salah. 

Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata kegagalan polis bertindak pantas menyebabkan tanggapan salah tercetus, yang polis membenarkan keganasan dilakukan penyangak serta melakukan “penahanan terpilih” kepada pembantah, terutamanya ahli kumpulan masyarakat sivil dan wartawan.

Dalam kejadian semalam, beberapa pelajar UM telah dikasari penyokong Najib Razak kerana membawa sepanduk gambar badut ketika bekas perdana menteri itu sedang berucap di sebuah restoran berhampiran Universiti Malaya. 

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share