KUALA LUMPUR 23 Mac – Seorang lelaki yang merogol serta meliwat remaja berusia 18 tahun sejak dua tahun lalu sehingga gadis itu kini hamil lapan minggu.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk lelaki berusia 30 tahun tersebut terbongkar selepas mangsa adik iparnya sendiri membuat laporan polis kira-kira pukul 9.30 malam semalam dan suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Kajang di rumahnya di daerah itu, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian pukul 2 pagi semalam, mangsa mendakwa telah dipukul suspek dengan menggunakan tali pinggang di bahagian belakang kerana tidak melayan kehendaknya untuk melakukan hubungan seks.

Menurutnya, mangsa telah dipaksa melakukan perbuatan tersebut sejak berusia 16 tahun malah suspek pernah merakam aksi terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Remaja itu diugut untuk tidak membuat laporan polis serta suspek akan menunjukkan video berkenaan kepada suami mang­sa sekiranya dia berkahwin nanti, malah kakak mangsa iaitu isteri suspek turut memarahinya jika tidak me­layan kehendak lelaki itu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang tinggal bersama pasangan tersebut kali terakhir dirogol sebanyak dua kali serta diliwat suspek pada 19 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, lelaki itu kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 Mac ini,

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Ke­seksaan, Seksyen 377D dan Seksyen 324 kanun sama.

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share