Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan mereka yang membakar kereta rasminya di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, semalam sebagai pengganas.

Beliau berharap, dua pelaku tersebut yang perbuatan mereka telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu segera ditangkap oleh pihak berkuasa.

“Setelah saya melihat CCTV, maka saya menyimpulkan ini merupakan perbuatan pengganas atau teroris yang boleh mengancam nyawa. Marilah kita berdoa agar dua individu disebutkan oleh Ketua Polis Perlis yang dirakam oleh CCTV itu segera ditangkap.

“Sekalipun jika selepas ini saya akan menaiki kereta (Perodua) Kancil kerana kereta (rasmi) dibakar, tapi Insya-Allah, semoga Allah bantu, semangat saya tetap Singa,” katanya dalam hantaran terkini Facebooknya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi semalam, kereta rasmi Mohd. Asri musnah disyaki dibakar pihak tertentu semasa diletakkan di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, siasatan mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.

Berikutan itu, kata Noor Mushar, pihaknya sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan selepas perbuatan mereka dikesan melalui CCTV milik jiran Mohd. Asri.

KLIK BACA: Hadi dipanggil SPRM kes cek 1.4 juta bayar Clare

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Ayuh curi jadi bossku, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share