GEORGE TOWN: Sebuah banglo tiga tingkat di Taman Tanjung Bungah dimiliki oleh keluarga ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah dirampas polis lapor The Star.

Adalah dipercayai pegawai polis dari Bahagian Pencegahan Akta Pengubahan Wang Haram dan Anti-Keganasan 2001 telah pergi ke rumah tersebut pada hari Khamis bagi menyerahkan notis sitaan dari Pejabat Peguam Negara.

Tiada siapa yang berada di rumah semasa operasi tersebut itu.

Notis bertarikh 17 Januari 2019 menyatakan:

“Dengan ini diperintahkan supaya harta tak alih sedemikian disita oleh pegawai penyiasat dan semua urusan berkenaan dengan harta tak alih itu adalah dilarang. Perhatikan bahawa kegagalan untuk mematuhi notis ini adalah kesalahan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Anti-Keganasan 2001.”

Pemilik banglo adalah Goh Gaik Ewe, 66, yang merupakan ibu Jho Low.

Low yang merupakan sekutu Najib kini dipercayai bersembunyi di China telah pun didakwa di mahkamah AS dan Malaysia tanpa kehadirannya berkaitan skandal kewangan rentas sempadan 1MDB.

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share