Seorang AJK masjid di Sendayan dibelasah selepas beliau menyingkirkan dua orang dari kumpulan WhatsApp.

SEREMBAN: Berang berikutan dua rakannya disingkir daripada satu kumpulan WhatsApp, seorang lelaki membelasah warga emas hingga cedera di muka dan perut.

Mangsa, 61 tahun, ditumbuk dan ditendang lelaki 40-an pada 1.45 petang selepas beliau bersolat zohor berjemaah di sebuah masjid, lapor Harian Metro yang memetik sumber.

Mengikut sumber, ahli jawatankuasa masjid di Sendayan mengeluarkan dua rakan lelaki itu kerana mereka dikatakan kerap berkongsi “kontroversi politik yang tiada kesudahan”.

Mangsa ada membuat aduan di balai polis Mambau. Namun, timbalan ketua polis daerah Seremban Supt Mohd Rosli Ishak berkata kes diselesaikan kedua-dua pihak secara baik.

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share