Kereta rasmi yang digunakan Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibakar jam 5.45 pagi, 22 Mac 2019. — Foto ihsan Facebook/Dr Maza.com


KANGAR, 23 Mac — Dua lelaki yang disyaki membakar kereta rasmi mufti Perlis dikesan polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran agamawan itu.

Ketua polis Perlis berkata kedua-dua suspek dikesan memasuki kawasan kejiranan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada jam 5.12 pagi, lapor Berita Harian.

“Salah seorang daripada suspek turut dirakam melalui CCTV sedang membeli petrol di sebuah stesen minyak berdekatan rumah Mohd Asri pada jam 3.30 pagi dengan menaiki kereta.

“Suspek yang memandu kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu dilihat mengisi minyak ke dalam tong yang diperbuat daripada plastik,” kata Datuk Noor Mushar Mohd.

Kereta Honda Accord hitam dibakar di kediaman Asri di Jalan Persiaran Wawasan pada 5.45 pagi tadi. Polis mengesyaki cermin kereta pecah akibat dibaling botol berisi petrol.

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share