Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha memohon maaf di Parlimen negara itu ekoran kesilapan ucapan presiden Moon Jae-in ketika kunjungannya ke Malaysia awal bulan ini.

Menurut AFP, beliau memberitahu Parlimen Rabu lalu bahawa kementeriannya telah membuat “kesilapan besar”.

“Saya memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan,” katanya menjawab kritikan daripada anggota parlimen pembangkang dan media, yang menyifatkan perkara itu sebagai kegagalan diplomasi.

Ketika sidang media bersama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Moon memberikan ucapan “selamat sore”, bermaksud selamat petang dalam bahasa Indonesia.

Kemarahan terhadap Moon bertambah memandangkan beliau memberi ucapan itu dalam majlis makan malam pada pukul lapan malam.

Dalam artikel yang diterbitkan hari ini, The Korea Times mengecam pasukan protokol presiden sebagai “tidak cekap”.

“Tiadanya bantahan daripada negara tuan rumah (Malaysia) tidak memadam kecuaian yang sukar dipercayai ini,” katanya, sambil menambah ia adalah satu lagi insiden yang menunjukkan “kurangnya etika dan profesionalisme yang serius”.

Laporan AFP itu – yang disiar akhbar Singapura Straits Times – turut memetik seorang pembantu Mahathir sebagai berkata “selamat sore” juga boleh digunakan di Malaysia.

“Kami gembira apabila presiden mengucapkannya. Secara peribadi, ia bukanlah satu isu,” katanya.

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share