ISLAMABAD: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan negara oleh Kerajaan Pakistan di kediaman rasmi rakan sejawatnya, Imran Khan di sini hari ini.

Kedua-dua pemimpin kemudian menaiki pentas disusuli lagu kebangsaan kedua-dua buah negara.

Dr Mahathir kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormatan terdiri daripada tiga ketumbukan utama tentera Pakistan – darat, udara dan laut.

Selepas itu, Dr Mahathir diperkenalkan kepada barisan Kabinet Pakistan sebelum beliau menanam sebatang pokok spesis Pinus Roxburghii.

Pokok dari spesis pine itu bercirikan akar dan dahan yang keras serta tumbuh melata di perhutanan Himalaya.

Ia sekaligus melambangkan kukuhnya hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Mereka kemudian menghadiri mesyuarat dua hala serta bilateral sebelum sidang media bersama mengakhiri pertemuan tersebut.

Perdana Menteri, tiba di Pakistan pukul 7.50 malam waktu tempatan pada Khamis bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari beliau ke republik Islam ini.

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share