Tulisan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya, chedet.cc bertajuk ‘Budaya Baru’ dilihat menyindir kempen #MaluApaBossku yang giat dijalankan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berdepan dengan pelbagai pendakwaan dan pertuduhan ketika ini.

oleh Dr Mahathir Mohamad

Budaya Baru

Aku curi. Apa nak malu.
Apatah lagi aku boss kamu.

Tak perlu kamu malu kerana boss kamu mencuri.
Sikit-sikit kamu juga boleh dapat duit yang dicuri.
Nak malu apa. Bossku.

Bangsaku tak perlu malu.
Curilah…
Lebih banyak yang dicuri lebih mulia.

Digelar kleptokrat adalah puji-pujian.
Ayuh bangsaku. Mari kita curi supaya boleh jadi boss.

Nota: Puisi ini pertama kali disiarkan di blog peribadi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kredit gambar oleh The Star Online. 

KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib

KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share