RSRayer mencadangkan Tony Fernandes ketuai Malaysia Airlines [MAS]. – Foto MalaysiaGazette

Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer mencadangkan CEO Air Asia Tony Fernandes diberi peluang untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) yang berdepan masalah kerugian.

“Struktur semula MAS dan berikannya kepada Tony Fernandes. (Kita) Jangan campur urusan MAS dan tengok kalau dia boleh bawa keuntungan kepada syarikat itu.

“Ini bukan sains nuklear. Jika dibandingkan dengan MAS, Air Asia masih baru tetapi buat keutungan. Jadi biar Tony Fernandes kendalikan MAS,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Rayer berkata cadangannya itu bukan bermakna penggabungan MAS dan Air Asia.

“Saya tidak pasti (Air Asia) berminat mengambil alih kerugian syarikat lain. Jadi penggabungan isu lain.

“Tetapi jika Tony Fernandes ambil alih operasi dan memecat atau melantik sesiapa (dalam MAS), saya percaya itu cadangan baik,” katanya lagi.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyayangi syarikat penerbangan negara itu tetapi kerajaan tidak mampu lagi menyelamatkannya, justeru sedang mengkaji keperluan untuk menjualnya.

Sebelum ini pemilik MAS, Khazanah Nasional berkata separuh daripada RM7.3 bilion kemerosotan nilai pada 2018 – yang menyebabkan Khazanah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.3 bilion – adalah daripada MAS.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share