Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) menjelaskan tindakan beliau bertindak mencium tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (PH-Langkawi) di lobi Parlimen semalam, adalah berdasarkan prinsip hormat-menghormati selaras dengan Prinsip Rukun Negara.

Katanya, selain itu, tindakannya juga sebagai salah satu cara beliau menzahirkan terima kasih kepada Dr Mahathir yang memberi keutamaan kepada soalan beliau dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

“Ini saya seronok , Yang berhormat Jelutong tanya anak-anak kita di belakang ini kita ada Rukun Negara , iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, Yang Berhormat baca, ini wajib sebagai paksi membina negara atas Rukun Negara,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan apa maksud tindakan Ismail yang menunjukkan beliau mencium tangan Dr Mahathir semalam.

Semalam ketika Dr Mahathir baru mula hendak mengadakan sidang media di lobi Parlimen, Ismail secara tiba-tiba muncul meminta maaf dengan mencium tangan Tun Dr Mahathir.

KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib

KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share