Ahli Parlimen Permatan Pauh Nurul Izzah Anwar berkata, beliau percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tahun selepas memegang jawatan itu.

“Saya rasa beliau akan menunaikan janji sebab ini bukan soal peribadi. Masa depan negara bergantung kepada kestabilan politik dan sama ada kami menunaikan janji.

“Kami berjaya menggulingkan kerajaan yang sudah memerintah 60 tahun, ia bukan atas jasa saya atau Dr. Mahathir, tetapi jasa setiap orang.

“Pengundi korbankan masa untuk tujuan ini, malahan mereka mengambil risiko untuk tujuan ini,” katanya kepada Nanyang Siang Pau seperti dipetik portal MalaysiaGazette hari ini.

KLIK BACA: Najib bantu MAS RM6 bilion tapi hentikan 6 ribu pekerja – Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share