Seorang lelaki Malaysia ditahan di Australia selepas beliau dikesan menyimpan rakaman penderaan seks kanak-kanak di telefon bimbitnya.

Suspek, 36, ditangkap anggota Angkatan Sempadan Australia (ABF) di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth kelmarin selepas bagasinya diperiksa sebaik tiba dari sini.

“Ketika memeriksa telefon bimbitnya, pegawai kami menemui bahan menjijikkan termasuk video yang menggambarkan penderaan seksual kanak-kanak,” kata ABF semalam.

“Pegawai kami merampas telefon beliau dan membatalkan visa pelawatnya.”

Lelaki itu didakwa kerana membawa bahan terlarang bawah Akta Kastam Australia. Dia berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda hingga A$525,000 (RM1.52 juta). – Agensi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share