Aktivis politik lantang Jufazli Shi telah ditahan oleh polis di rumahnya. – Foto Live FB Jufazli

Jufazli Shi Ahmad yang menggunakan media sosialnya untuk menyerang Dr Mahathir Mohamad ditahan polis di rumahnya awal pagi tadi.

Aktivis berusia 31 tahun dari Sandakan, Sabah ditahan di rumahnya di Cheras, Selangor bersama teman wanita berusia 31 tahun sekitar jam 4 pagi tadi.

Sumber polis mengatakan tidak jelas sama ada bekas anggota DAP itu akan direman semula.

Sumber itu juga menafikan bahawa polis memerlukan waran tangkap dalam kes seperti ini kerana sudah ada laporan rasmi terhadap Jufazli.

Dalam siaran langsung di laman Facebooknya hari ini, Jufazli menunjukkan sekurang-kurangnya empat anggota polis di rumahnya yang datang untuk menahannya.

Beliau berkata beliau enggan mengikuti ‘polis Mahathir’ kerana mereka tidak mempunyai waran tangkap.

Sekurang-kurangnya satu laporan polis telah dibuat terhadap Jufazli atas dakwaan menghina dan memfitnah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sehingga tahap mengelarnya sebagai ‘babi’. 

Dalam video kenyataan terbukanya Jufazli menuduh Mahathir melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan bercanggah dengan presiden PAS Hadi Awang juga isu ketua Sarawak Taib Mahmud.

Jufazli telah menjadi penyokong kuat kerajaan persekutuan baru sehingga awal bulan lepas dan telah memuji-muji Mahathir dan kepimpinannya.

Bagaimanapun, beliau menukar rentak secara drastik dari 24 Feb lalu dan menuduh Mahathir dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba melindungi Hadi dan Najib Razak juga kononnya Perdana Menteri itu menutup konspirasi beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi di Malaysia.

Laporan polis pertama dibuat di Tawau minggu ini oleh NGO tempatan dan sumber polis memberitahu FMT bahawa Jufazli boleh dibawa ke Tawau hari ini.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share