New Zealand Prime Minister Jacinda Ardern speaks to representatives of the Muslim community at Canterbury refugee centre in Christchurch March 16, 2019. ― Foto Reuters

WELLINGTON, 16 Mac — Suspek pembunuhan di Christchurch sering mengembara di seluruh dunia, bukannya individu yang tinggal di New Zealand untuk jangka masa panjang.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata lelaki warga Australia itu berkunjung ke New Zealand dan menetap untuk satu jangka masa, lapor Reuters.

“Saya tidak menggambarkan beliau sebagai penduduk jangka panjang,” katanya.

Semalam, lelaki berkenaan menembak mati 49 orang dan mencederakan lebih 40 individu di dua masjid di New Zealand.

Sementara itu, Ardern memberitahu setelah melakukan pembunuhan di dua masjid, suspek sebenarnya mahu terus melakukan serangan, sebelum berjaya ditangkap polis.

“Terdapat dua lagi senjata lain dalam kenderaannya dan dia memang bertujuan untuk teruskan serangan,” katanya.

Dikenal pasti sebagai Brenton Harrison Tarrant, suspek 28 tahun, telah didakwa melakukan pembunuhan, malah mungkin berdepan pelbagai tuduhan lain.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share