Ahli Parlimen Umno yang melompat parti bukan sahaja membelot pengundi kawasan mereka malah membelot kepada Islam dan orang Melayu secara keseluruhannya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap 37 Ahli Parlimen yang masih kekal bersama parti tidak membuat keputusan yang akhirnya menguntungkan musuh agama dan bangsa Melayu yang gembira melihat perpecahan Umno.

Ismail mendakwa mereka yang melompat parti itu hanya akan diperalatkan untuk memusnahkan Islam, Melayu dan Bumiputera.

“Nasihat saya kepada rakan yang dah melompat keluar supaya kembali ke pangkal jalan. Masih tidak terlambat untuk anda membetulkan keadaan, kembali menyatukan hati kita demi perjuangan yang telah lama kita bersama.

“Kami sentiasa terbuka untuk bersama selagi ianya sebuah perjuangan untuk rakyat dan agama bangsa.

“Jiwa seorang pemimpin seharusnya cekal dan tidak sewenangnya boleh dibolak-balik dengan janji manis yang belum pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail Sabri turut mendakwa Ahli Parlimen yang melompat itu akan menjadi punca jika PH berjaya dalam usaha meratifikasikan ICERD – malah Perkara 153 (kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera) serta Perkara 3 (Islam agama Persekutuan) dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh dipinda.

“Apa kedudukan kita ketika itu? Apakah kita hanya mampu melihat pelbagai bentuk kesamarataan bakal dibangkitkan.Tiada lagi keistimewaan yang dijamin perlembagaan terhadap orang Melayu.

“Tiada lagi kuota untuk Bumiputera dalam apa bentuk bantuan dari kerajaan. Islam bukan lagi agama rasmi kerajaan walau ia menjadi agama majoriti rakyat.

“Apakah yang mampu kita lakukan apabila segala kuasa penuh menggubal dan meminda perkara dalam perlembagaan menjadi milik mereka kaum minoriti,” soalnya.

“Harus kita ingat kenyataan Tun (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) berkaitan ICERD tidak boleh diratifikasikan ialah kerana tidak mempunyai majoriti dua pertiga untuk membuat pindaan kepada beberapa perkara dalam perlembagaan.

“ICERD senang sahaja diratifikasikan apabila majoriti dua pertiga dimiliki mereka dari Ahli Parlimen Umno yang lompat ini,” katanya dalam kenyataan tersebut. 

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share