Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom menegaskan urus tadbir Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini dilakukan sesuai dengan kehendak peraturan dan akta sedia ada.

Beliau berkata, sebagai sebuah badan berkanun, TH tertakluk untuk memastikan akaunnya diaudit Jabatan Audit Negara.

Selain itu, katanya, TH juga terikat dengan peraturan Seksyen 8 Akta Badan Berkanun (Akaun Dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240), yang menghendaki laporan kewangan teraudit hendaklah dibentangkan dalam Parlimen.

“Maka laporan akaun teraudit TH sentiasa dibentangkan kepada Parlimen tanpa gagal, termasuklah laporan kewangan untuk tahun yang dikatakan pelanggaran tersebut berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 30 November lalu, TH membuat dua laporan polis melibatkan beberapa bekas pengurusan kanannya antaranya bekas Pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Ismee Ismail, melibatkan dana berjumlah lebih RM22 juta dikeluarkan dari Program Yayasan Tabung Haji yang digunakan untuk aktiviti mempunyai kecenderungan politik.

Kemudian pada 3 Disember lalu, media melaporkan TH kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding asetnya sejak 2017 dan disusuli pendedahan lain antaranya hibah dibayar menggunakan simpanan pendeposit.

Mengulas tentang surat teguran oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2015, Jamil Khir berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif TH ketika itu berhubung perkara tersebut.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa TH sebagai sebuah badan berkanun dan institusi kewangan bukan bank, keperluan rizab TH tidaklah sepertimana keperluan institusi perbankan.

“Saya juga atas kapasiti menteri, telah menjemput pimpinan pembangkang ketika itu ke TH untuk diberikan taklimat berkaitan isu rizab TH ini,” katanya.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share