Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa hari ini menggunakan kedudukannya untuk meminda laporan audit akhir 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam bagi mengelakkan sebarang tindakan ke atasnya,

Portal Sinar Harian melaporkan Najib dikehendaki membayar jaminan RM500,000 hari ini juga, apabila mahkamah menolak permohonan beliau untuk membuat pembayaran secara ansuran.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar anak guamnya dibenar membayar RM200,000 hari ini dan esok dan bakinya RM100,000 dibayar pada Jumaat.

Hakim Azura Alwi berkata, bayaran itu tidak boleh dibayar secara ansuran dan perlu dilakukan sepenuhnya, bagaimanapun Muhammad Shafee bertegas mahukan bayaran itu dibuat pada Jumaat yang mana Azura menjawab “No, by today” (Tidak, hari ini juga).

Muhammad Shafee berkata, jumlah RM1 juta secara kasar tidak adil dan diskriminasi terhadap anak guamnya dan memohon RM500,000.

Beliau seterusnya berkata bahawa Najib, perlu mendapatkan wang daripada saudara mara dan sahabat untuk membayar jaminan.

Sehingga kini, Najib, 65, didakwa untuk kali kelima di mahkamah dengan 39 tuduhan termasuk pertuduhan hari ini.

Pada 4 Julai, Najib didakwa di Mahkamah Seksyen di sini dengan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta manakala pada 8 Ogos beliau mengaku tidak bersalah terhadap tiga dakwaan pengubahan wang haram daripada wang yang sama.

Pada 20 September, Najib dibawa lagi di Mahkamah Sesyen dan didakwa dengan empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram dan pada 25 Oktober, beliau dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan CBT membabitkan dana RM6,636,065,000 milik kerajaan Malaysia. – Bernama

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share