Gambar menunjukkan seekor ular sawa gergasi melingkar di hadapan penduduk kampung di Pariaman, Sumatera Barat. – Foto AFP

PARIAMAN: Satu video yang tular menunjukkan seekor ular sawa gergasi sepanjang 8 meter atau 26 kaki melingkar di hadapan penduduk kampung di sini, berjaya memperoleh lebih satu juta tontonan.

Ia memaparkan aksi orang ramai bergelut untuk menewaskannya sebelum ia berjaya ditangkap.

Pada awalnya, penduduk kampung menyangka ular terbabit, yang sedang berehat di tepi sungai adalah sebatang kayu balak sebelum seorang daripada mereka menyentuh haiwan itu, menyebabkan ia bertindak balas.

Video itu dirakamkan pada 22 November lalu oleh penduduk dikenali sebagai Ronal Efendi Coto dan ia menunjukkan pergelutan antara seorang lelaki dengan haiwan itu, sebelum ular berkenaan ditewaskan dengan bantuan orang ramai.

Lelaki itu kemudiannya memasukkan haiwan berkenaan ke dalam sangkar.

Pada masa sama, penduduk kampung di Pucuang Anam, Sumatera itu, menghubungi zoo tempatan untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, zoo berkenaan enggan menerima ular sawa itu kerana kandang di situ sudah penuh.

“Buat masa ini, kami hanya menyimpannya (ular sawa) di dalam sangkar, jadi orang ramai boleh datang ke kampung ini dan melihatnya,” kata Coto kepada AFP mengenai sepanjang lapan meter panjang itu. – AFP

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share