Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai eksekutif Tabung Haji Zukri Samat. – Foto The Malaysian Insight

Lembaga Tabung Haji (TH) berkata tiada pengeluaran wang besar-besaran dilakukan pendeposit yang panik susulan pendedahan masalah kewangan badan pengurusan ibadah haji itu semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai eksekutif Tabung Haji Zukri Samat berkata pendeposit setakat ini masih yakin dan memberi sokongan penuh kepada Tabung Haji.

“Tidak berlaku pengeluaran secara besar-besaran (oleh pendeposit), orang ramai masih menyokong kita.

“Malah hari ini kita menerima 170 pembukaan akaun baru,” katanya dalam sidang media di Menara Tabung Haji di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita susulan pendedahan keadaan kewangan Tabung Haji yang mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof semalam mendedahkan hibah (dividen) Tabung Haji menggunakan wang pendeposit sendiri, dan bukannya daripada keuntungan, sejak 2014.

Berhubung dua laporan polis Tabung Haji terhadap Abdul Azeez dan beberapa bekas pegawai tinggi lembaga itu, Zukri enggan mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Laporan pertama berhubung Program Yayasan Tabung Haji 2017 melibatkan dana lebih RM22 juta manakala laporan kedua berhubung tindakan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham Tabung Haji pada 95 peratus.

Abdul Azeez bagaimanapun menafikan dakwaan wang RM33 juta itu diselewengkan untuk tujuan politik tetapi digunakan dalam program kebajikan.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share