Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin mengecam skandal 1MDB. – Foto Sinar Harian

Pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof berhubung defisit RM4.1 bilion dialami Tabung Haji (TH) mendapat perhatian Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu berkata, kekuatan umat Islam tidak memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkannya.

“Kadangkala tidak perlu musuh luar untuk memusnahkan kekuatan kita, cukuplah dengan pengkhianat yang memakai baju pembela agama,” katanya.

“Siapakah yang menganiayai umat sendiri? Siapakah pula yang bersekongkol dengan kezaliman sebegini?” tanya Dr Asri atau Dr Maza di laman Facebook beliau.

Semalam, Mujahid melalui sidang media di parlimen mendedahkan TH melanggar dua syarat semasa membuat pembayaran hibah (dividen) sejak 2014.

Kata anggota parlimen Parit Buntar itu, sepatutnya sebelum hibah dibayar kedudukan aset TH tidak boleh kurang berbanding liabiliti ditanggungnya.

Ia juga bergantung kepada kadar keuntungan yang diperolehi badan yang ditubuhkan khusus untuk membantu umat Islam mengerjakan haji itu.

Menurut Mujahid dapatan audit menunjukkan nilai keseluruhan aset TH ialah RM70.3 bilion manakala liabilitinya RM74.4 bilion.

Akaun yang diaudit itu berdasarkan laporan kewangan TH pada 31 Disember 2017.

Mujahid juga berkata kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia untuk masa depan yang lebih terjamin.

KLIK BACA: Anwar: Skandal Tabung Haji pengurusan ‘bodoh’ goblok kata Jawa

KLIK BACA: Tabung Haji pun dinoda, apa jenis manusia – Kadir Jasin penasihat media PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang cuba ditutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share