Malaysia akan kekal meletakkan kapal miliknya di kawasan pertikaian sempadan perairan Malaysia-Singapura, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata kapal milik negara akan terus berada di kawasan pertikaian itu sehingga proses perundingan melibatkan kedua-dua negara selesai.

“Kita akan runding dengan Singapura, kita tidak mahu lawan dengan Singapura…Kadang-kadang ada pertindihan (tuntutan) tapi kita boleh selesaikan perkara ini melalui rundingan.

“Pada masa ini, disebabkan tidak ada keputusan maka kapal-kapal terbabit berada di situ, kapal Singapura berada di situ, kapal Malaysia juga berada di situ,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Juara-juara Antirasuah: Sesi Perkongsian dengan Pemenang Anugerah Cemerlang Antirasuah Antarabangsa Sheikh Tamim Hamad Al Thani 2018 di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Pertikaian itu tercetus apabila Singapura mendakwa peluasan had pelabuhan Johor Bahru menceroboh kawasan perairannya di Tuas manakala Malaysia pula mendakwa usaha republik itu untuk memperluas had pelabuhan Singapura di luar Tuas menceroboh perairan Malaysia.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata Malaysia mendapati dakwaan Singapura tidak tepat kerana had pelabuhan yang diubah untuk Pelabuhan Johor Bahru sama sekali tidak menceroboh wilayah Singapura. – Bernama

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang Najib cuba tutup?

DIKEMASKINI: Najib dan Arul Kanda ditangkap SPRM 

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share