Umno Sabah dijangka akan dibubarkan dan pengumumannya bakal dibuat pengerusi perhubungan negeri parti itu, Hajiji Noor lapor media tempatan.

The Malaysian Insight (TMI) turut melaporkan empat anggota parlimen Umno dari Sabah dijangka keluar parti itu bagi menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan persekutuan.

“Kalau tiada apa-apa halangan, (hari ini) Hajiji akan umum,” kata sumber, petik TMI.

Empat MP yang akan keluar Umno ialah MP Kudat Abd Rahim Bakri, MP Beaufort Azizah Mohd Dun, MP Libaran Zakaria Mohd Edris dan MP Beluran Ronald Kiandee, kata laporan it lagi.

Kiandee ialah pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

MP Kinabatangan Bung Moktar Radin yang merupakan satu daripada lima anggota parlimen Umno tidak akan meninggalkan parti itu, kata sumper kepada TMI.

Pada PRU14, Umno Sabah menang 8 daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu.

Bagaimanapun MP Kimanis Anifah Aman dan MP Labuan Rozman Isli keluar parti pada September dan Oktober.

Rozman telah menyertai Parti Warisan Sabah, manakala Anifah, yang juga bekas menteri luar menjadi wakil rakyat bebas.

Sementara itu, MP Sipitang Yamanani Hafez Musa, juga wakil rakyat Umno masih belum mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen dan mempunyai masa sehingga 15 Januari untuk berbuat demikian, jika tidak kerusi itu akan diisytiharkan kosong.

Kerajaan negeri Sabah sekarang ditadbir Warisan.

KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi

DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang Najib cuba tutup?

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share