Beberapa pimpinan Umno termasuk anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menafikan mereka terlibat dalam usaha menyingkirkan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tak tahu apa-apa, kalau ada sebarang usaha tidak melibatkan saya, Saya tak terlibat dalam apa-apa pun,” kata Khairy yang sebelum ini mencabar Zahid dalam pemilihan parti itu.

Beliau mengulas laporan New Straits Times (NST) yang memetik sumber mendakwa seramai 48 anggota parlimen Umno berpakat untuk menyingkirkan Zahid sebagai presiden parti.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Nazri Aziz menegaskan beliau menyokong Zahid meskipun tidak hadir pada perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diksriminasi Kaum (Icerd) minggu lalu.

“Saya tidak menghadiri perhimpunan anti-Icerd kerana saya gembira dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kerajaan menarik diri daripada meratifikasi Icerd,” katanya.

Nazri, bagaimanapun mengakui terdapat rasa tidak puas hati di kalangan anggota parlimen Umno terhadap kepimpinan Zahid.

Nazri bagaimanapun mempersoalkan bagaimana komplot itu akan berjaya sekiranya Zahid enggan berundur.

Katanya, selepas pilihan raya umum lalu bekas perdana menteri Najib Razak telah bersetuju meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

“Bagaimana mereka akan memecatnya (Zahid) sebagai presiden Umno? Adakah mereka akan membuangnya sebagai ketua pembangkang?”

“Satu-satunya cara yang sah untuk memiliki presiden baru adalah melalui pemilihan parti, yang dijangka tiga tahun lagi atau melalui perhimpunan agung luar biasa (EGM) di peringkat bahagian,” katanya kepada Malaysiakini.

Ahmad Maslan pula memberitahu Malaysiakini bahawa kesemua anggota parlimen Umno setia kepada Zahid.

Ahmad Maslan berkata, tiada sebab bagi Nazri, Khairy atau veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyingkirkan Zahid.

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Ulama PAS doa pengundi PH jatuhkan kerajaan

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share