Tan Sri Rais Yatim berkata ahli Bersatu perlu konsisten memperjuangkan hal berkaitan bumiputera dan Melayu. — Foto Bernama 


PORT DICKSON, 9 Dis — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan akan sentiasa memberi teguran yang sihat kepada menteri-menteri Kabinet, kata Ketua Badan Pimpinannya Tan Sri Rais Yatim.

Beliau berkata menteri-menteri baharu ini perlu banyak belajar daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di samping sentiasa mendengar rintihan rakyat.

“Kalau sebahagian menteri Bersatu dipandang sebagai hilang punca dan tidak ada keutuhan dalam prestasi mereka, langkah-langkah pembetulan perlu diambil sebelum ‘cacing naik ke mata’.

“Jika dibiarkan lama-kelamaan imej buruknya akan sampai kepada presiden, timbalan presiden dan pengerusi Bersatu,” katanya kepada media selepas Konvensyen Perjuangan Bersatu Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Konvensyen tersebut yang dihadiri lebih 500 perwakilan, dirasmikan oleh Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, beliau berkata ahli-ahli Bersatu perlu konsisten memperjuangkan hal berkaitan bumiputera dan Melayu.

“Jangan segan dan malu untuk memperjuangkan hal bangsa Melayu dan bumiputera seperti berkaitan dengan kuasa politik dan ekonomi.

“Kontrak sosial sebelum merdeka mesti difahami…kena terangkan (kepada kaum lain) kenapa soal dominan siasah Melayu perlu diperjuangkan dan bukan untuk menindas kaum lain,” katanya. – Bernama

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: Ulama PAS doa pengundi PH jatuhkan kerajaan

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share