Menggunakan isu perkauman dan agama, Lim Guan Eng dan partinya DAP sering dituduh menguasai kerajaan Malaysia melalui Pakatan Harapan selepas legasi Umno-BN ditamatkan pada PRU14. – Foto Malaysiakini BM

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, sentimen perkauman yang dimainkan pembangkang seperti tidak menyedari negara ini masih dipimpin orang Melayu.

Setiausaha agung DAP menganggap sentimen yang mainkan pembangkang semasa himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) semalam amat berbahaya.

“Itu sesuatu yang tidak sihat sama sekali seperti mereka lupa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu bukan Melayu ke? Bukan Islam?

“Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan orang Melayu? Bukan Islam? Ini bahaya sentimen seperti ini.

“Saya dapat makluman bukan sahaja dari bukan Melayu dan bukan Islam tetapi daripada orang Melayu sendiri tentang perkara ini [sentimen perkauman].

“Tidak ada sebarang isu mereka buat isu, ICERD tidak diratifikasi tetapi mereka buat isu ini,” katanya dipetik NSTP katanya ketika berucap di Konvesyen DAP Selangor, semalam.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi amaran, orang Melayu akan bangkit sekiranya hak dan agama mereka di negara ini diusik.

Sebaliknya, Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menggunakan sentimen perkauman bagi melawan tindakan pembangkang namun PH akan memastikan keadaan ekonomi yang lebih baik untuk dirasai rakyat berbanding pemerintahan Barisan Nasional (BN) 60 tahun lalu.

“Kita tidak mahu lawan emosi dengan emosi, sentimen dengan sentimen, tetapi kita harus lawan emosi dan sentimen ini dengan angka dan fakta.

“Sekiranya kerajaan PH boleh pulihkan keadaan ekonomi dan berikan satu harapan kepada rakyat bahawa kehidupan mereka boleh jadi lebih baik daripada BN, saya yakin, kita boleh kalahkan sentimen politik perkauman yang bahaya ini oleh pembangkang,” tambahnya.

DIKEMASKINI: Najib dan Arul Kanda ditangkap SPRM 

KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share