Peserta himpunan ICERD mengaminkan doa ulama PAS.  – Foto Asyraf Hamzah/MyMetro

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dr Nik Zawawi Salleh ketika di perhimpunan ICERD hari ini berkata, kerajaan PH tidak boleh diharap, tidak bertanggungjawab dan cuba untuk menggadaikan Islam.

“Kami menghadapi sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab di negara kami ini, ya Allah.

“Kerajaan yang cuba untuk menggadaikan agama-Mu ya Allah, kerajaan yang cuba memecah-belahkan perpaduan masyarakat Melayu ya Allah.

“Jangan sekali-kali Kamu jadikan umur mereka ini panjang ya Allah. Pendekkanlah umur kerajaan PH ini ya Allah,” katanya yang memimpin bacaan doa di akhir perhimpunan, lapor KiniTV.

“Jadikanlah anak-anak muda di negara kami ini akan bangkit mempertahankan agama-Mu ya Allah. Anak-anak muda yang akan menentukan corak pemerintahan negara ini ya Allah.

“Jadikanlah anak-anak muda yang sebelum ini memberi undi kepada PH, mereka kembali ke pangkal jalan ya Allah.

“Jadikanlah mereka juga yang akan menjatuhkan kerajaan yang pernah mereka pilih sebelum ini ya Allah,” katanya di dalam doa tersebut.

Himpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu kebanyakannya dihadiri oleh penyokong PAS dan Umno, selain beberapa NGO Melayu.

Berbanding jangkaan awal 500,000 – polis menganggarkan cuma 55,000 sahaja hadir himpunan ICERD hari ini dan pihaknya kesal kanak-kanak turut di bawa. 

Nota Ana Ghoib: Menurut hadis Rasulullah SAW bahawa tuhan Maha Suci dan ia menerima hanya yang Suci.

Sucikah perbuatan kamu bersekongkol dan tidak taat kepada ulil amri berkenaan ICERD yang tidak diratifikasi?

Jelas sekali tuhan beri PH menang untuk bawa ke muka pengadilan tertuduh kes Felda, TH, MARA, 1MDB, Yapeim, FGV.

Apa yang suci perjuangan PAS selain menolong Umno memastikan PH tidak menang PRU14?

Allah hendak berbuat kebajikan tapi PAS menolak kerana tamak kuasa dan jawatan akhirnya hilang Selangor.

Ikut merapu ditepi jalan bersama ‘momokan’ Umno kononnya membela Islam dan Melayu.

Yang pasti orang di atas pentas lebih bijak dari di bawah kerana mereka berjaya dalam momokan itu walhal Islam dan perlembagaan negara terpelihara.

Cuma periuk nasi politik kamu sahaja tidak. – Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir

KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB

KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar

KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin

KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share